Resis

Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas
Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.